Saturday 5 May 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
' Berhenti Membeli Belah , Mulakan Kehidupan ' bukan bermaksud berhenti mendadak dalam perniagaan . Sebenarnya , ia bermaksud untuk mengurangkan membeli belah secara boros dan hendaklah berbelanja secaara berhemah .
     Ramai masyarakat zaman ini lebih suka menghabiskan masa dengan bersiar-siar di pusat-pusat hiburan seperti pusat membeli belah . Selain itu , majoriti masyarakat suka menghabiskan wang secara berlebih-lebihan dengan membeli belah terutama sekali di kalangan wanita metropolitan yang bercita rasa tinggi . Hal ini menyebabkan wang yang digunakan oleh masyarakat tidak bertepatan dengan ekonomi pada masa kini . Mereka hanya berbelanja mengikut kemahuan dan hawa nafsu sehingga terdesak untuk meminjam wang dengan pelbagai cara seperti penggunaan kad kredit dan institusi pinjaman bank

Tuesday 1 May 2012

Lukisan tanganku yang tidak seberapa..hehehe


sedikit TIPS berguna :)


- Hanya sedikit duit mengikut keperluan apabila keluar dari rumah.
Cara ini juga sangat bagus. Walaupun macam tu, sangatlah sukar bagi seorang boros meninggalkan separuh duitnya di rumah.Tapi bila tak cukup duit, jangan pulak pergi ke ATM cucuk duit! tahan lah dulu nafsu tu.
-  Amalkan budaya menabung.
Amalan menabung sangatlah baik untuk masa depan. mulakan dari sekarang bagi yang belum mula menabung. diakui menabung adalah sangat sukar bagi si boros yang suka mengorek tabung. Jadi sila gunakan tabung yang mempunyai tahap keselamatan yang tinggi. Jika anda menggunakan tabung yang boleh dibuka dengan mudah, tahap keinginan mengorek akan berada di tahap klimaks.
                                                                                                                 ...........Semoga Berjaya........=>

Sunday 22 April 2012

Berhenti Membeli Belah ( bukan berhenti secara drastik tetapi berusaha untuk mengurangkannya )
.



Mulakan Kehidupan




                                                       




lebih baik jika kita menggunakan wwang yang ada untuk kebaikan











Gaya Hidup

1 . Biasanya pada hujung bulan wanita paling suka singgah di komplek beli-belah . Apalagi jika terpampang kain rentang ' Jualan Hujung Tahun ' atau apa-apa sahaja jualan . Masa itu berebut mencari barang yang sebenarnya tidak penting . Kasut sudah banyak , baju dan beg penuh dalam almari tetapi kerana jualan murah , mereka tetap juga berbelanja sakan . Cuba ubah sikap ini . Selepas habis kerja , jangan ke komplek beli-belah terus sahaja balik ke rumah .

2 . Sudah jadi kebiasaan , pantang kawan bawa barang baru ke pejabat mesti mahu beli . Ambil dulu barang, hujung bulan baru bayar . Kita lupa , apabila hujung bulan duit habis untuk membayar hutang sahaja .

3 . Makan tengah hari selalu bersisa kerana anda tidak mahu makan banyak nanti bimbang berat badan bertambah . Pada pendapat saya , bawa sahaja makanan sihat dari rumah seperti buah-buahan dan salad . Badan sihat , duit jimat . =P

4 . Kalau dahulu sebulan sekali membawa keluarga makan di luar , sekarang boleh diteruskan hanya pilihannya berbeza . Kalau biasa makan di restoran mewah , kali ini bawa keluarga berkelah dengan masakan isitimewa anda . Lebih mesra dan tidak membosankan .

5 . Kita memang gemar menggunakan kad kredit , konon ada gaya dan mudah mendapatkan barangan jauh dimana sahaja dan pada bila-bila masa . Kurangkanlah penggunaan kad kredit . Jadi bayaran bulanannya tidaklah begitu membebankan . 
                                      

6 . Pokok bunga di laman rumah tidaklah begitu subur sangat , maklumlah jarang menyiram dan membajainya . Lebih baik tukarkan sahaja pokok bunga kepada tanaman serai , kunyit , pandan mahupun sayuran lain yang mudah tumbuh . Cuba tanam sayur seperti bayam dan terung , dapatlah kita memanfaatkan hasilnya .

Tips Orang Muda Menjadi Menteri Kewangan Sendiri



                                      




#  Elak membeli pakaian baru lebih daripada RM50 sehelai

#  Tidak perlu menambah barang perhiasan kerana yang ada sudah mencukupi

#  Perlukah melepak di kafe eksklusif ? Tidak perlu , kerana kedai mamak sudah bcukup memadai .

#  Kalau tidak pernah ke dapur , belajarlah memasak dengan mencuba resepi-resepi baru . Tidak perlulah        
    setiap hari membeli makanan di restoran atau gerai-gerai .

# Asyik sahaja membeli barangan berjenama , tentu anda mahu merasa memakai barangan harga sederhana
   tanpa jenama . Manalah tahu selesa dan lain kali tidak perlulah membazir beratus-ratus atau beribu-ribu
   ringgit untuk sehelai baju , sepasang kasut , satu tas tangan dan sepasang kaca mata hitam .



                                       

Mulakan Kehidupan

Masih ada lagi individu yang masih tidak sedar-sedar dan bertanya soalan , kenapa kita perlu menyimpan wang wang ? Menabung itukan bagus untuk kegunaan sewaktu kecemasan , elakkan berhutang dan rancang masa hadapan seperti persaraan .

Langkah penting yang perlu dilakukan adalah :

 Membuat Bajet
Mengikut pakar kewangan , langkah utama dalam bijak wang adalah membuat bajet . Sebelum membuat bajet, tentukan satu jangka masa bajet sama ada harian , bulanan atau tahunan , tetapi saya berpendapat bahawa membuat bajet bulanan adalah yang paling mudah kerana semua bil-bil dikira dalam tempoh sebulan. Seterusnya , tentukan pendapatan gaji , pendapatan sampingan seperti kerja lebih masa .

-  Tentukan Perbelanjaan 
Perkara yang ramai orang tidak suka buat ialah mengetahui apa perbelanjaannya . Ini adalah perkara yang paling penting untuk bajet . Selepas mengira berapa wang masuk setiap bulan . Tentukan perbelanjaan tetap sewa , bil-bil , ansuran bulan kereta , rumah dan sebagainya . Manakala perbelanjaan lain yang tidak tetap seperti perbelanjaan petrol dan makanan , boleh ambil kiraan perbelanjaan dalam tempoh tiga bulan kemudian bahagikan tiga untuk mendapatkan purata .


-  Hitung Lebihan Kewangan Kamu
Kini tiba masanya untuk mengira pendapatan dan perbelanjaan setiap bulan . Tentukan sama ada masih ada lebihan atau kekurangan . Jika kurang , inilah masanya untuk menentukan perbelanjaan mana yang perlu disekat atau dikawal .


-  Menyimpan Rekod 
Suatu yang penting tetapi ramai yang tidak buat iaitu menyimpan rekod . Simpan dan rekodkan setiap perbelanjaan dalam satu buku catatan kecil .

-  Mula untuk Menyimpan
Cara terbaik untuk menyimpan ialah tentukan objektif kamu . Apakah tujuan kita menyimpan ? Sama ada umtuk hari tua ataupun ada sesuatu yang perlu dibeli pada masa terdekat . Contohnya , jika kamu merancang untuk membeli kereta , kamu perlu tentukan berapa harga muka kereta yang patut dibayar dan tentukan berapa simpanan sebulan yang perlu dibuat . Menurut Azizi Ali , pinjaman kereeta yang terbaik adalah dibawah tempoh lima bulan . Semakin kurang , semakin baik . Untuk mengurangkan tempoh pinjaman tersebut adalah dengan mula menyimpan dahulu sebahagian seperti untuk pembayaran 
pendahuluan  . Ini bagi mengelakkan kamu berhutang dalam jumlah yang banyak . 

-  Pantau Kewangan Kamu
Simpan semua resit perbelanjaan , lihat perbelanjaan harian dibuat , keluar masuk setiap hari serta simpan resit ATM

-  Kawal Perbelanjaan
Disebabkan semua orang bekerja maka makan di luar adalah satu kemestian . Bagaimanapun cuba untuk kurangkan makan di luar seperti waktu malam atau hari cuti .

-  Kurangkan Habit Bersosial
Sesetengah orang suka minum untuk bersosial di kedai minuman yang ada kelas seperti di Starbuck . Jika kamu serius menyimpan wang , kurangkan aktiviti ini .

-  Jimatkan Penggunaan Elektrik
Penjimatan elektrik sedikit sebanyak memberi impak kepada kewangan kamu . Jimatkan penggunaan elektrik dan lihat kesannya . Atau boleh guna alatan yang menjimatkan tenaga elektrik seperti lampu berwatt rendah .


-  Jauhkan Daripada Berhutang
Bayar kredit kad kamu segera . Kad kredit adalah beban kepada kewangan kamu jika tidak dikawal .

-  Jangan Beli Barangan di Luar Kemampuan 
Ini sudah semestinya . Belanja di luar kemampuan adalah punca utama masalah kewangan sejagat .