Sunday 22 April 2012

Mulakan Kehidupan

Masih ada lagi individu yang masih tidak sedar-sedar dan bertanya soalan , kenapa kita perlu menyimpan wang wang ? Menabung itukan bagus untuk kegunaan sewaktu kecemasan , elakkan berhutang dan rancang masa hadapan seperti persaraan .

Langkah penting yang perlu dilakukan adalah :

 Membuat Bajet
Mengikut pakar kewangan , langkah utama dalam bijak wang adalah membuat bajet . Sebelum membuat bajet, tentukan satu jangka masa bajet sama ada harian , bulanan atau tahunan , tetapi saya berpendapat bahawa membuat bajet bulanan adalah yang paling mudah kerana semua bil-bil dikira dalam tempoh sebulan. Seterusnya , tentukan pendapatan gaji , pendapatan sampingan seperti kerja lebih masa .

-  Tentukan Perbelanjaan 
Perkara yang ramai orang tidak suka buat ialah mengetahui apa perbelanjaannya . Ini adalah perkara yang paling penting untuk bajet . Selepas mengira berapa wang masuk setiap bulan . Tentukan perbelanjaan tetap sewa , bil-bil , ansuran bulan kereta , rumah dan sebagainya . Manakala perbelanjaan lain yang tidak tetap seperti perbelanjaan petrol dan makanan , boleh ambil kiraan perbelanjaan dalam tempoh tiga bulan kemudian bahagikan tiga untuk mendapatkan purata .


-  Hitung Lebihan Kewangan Kamu
Kini tiba masanya untuk mengira pendapatan dan perbelanjaan setiap bulan . Tentukan sama ada masih ada lebihan atau kekurangan . Jika kurang , inilah masanya untuk menentukan perbelanjaan mana yang perlu disekat atau dikawal .


-  Menyimpan Rekod 
Suatu yang penting tetapi ramai yang tidak buat iaitu menyimpan rekod . Simpan dan rekodkan setiap perbelanjaan dalam satu buku catatan kecil .

-  Mula untuk Menyimpan
Cara terbaik untuk menyimpan ialah tentukan objektif kamu . Apakah tujuan kita menyimpan ? Sama ada umtuk hari tua ataupun ada sesuatu yang perlu dibeli pada masa terdekat . Contohnya , jika kamu merancang untuk membeli kereta , kamu perlu tentukan berapa harga muka kereta yang patut dibayar dan tentukan berapa simpanan sebulan yang perlu dibuat . Menurut Azizi Ali , pinjaman kereeta yang terbaik adalah dibawah tempoh lima bulan . Semakin kurang , semakin baik . Untuk mengurangkan tempoh pinjaman tersebut adalah dengan mula menyimpan dahulu sebahagian seperti untuk pembayaran 
pendahuluan  . Ini bagi mengelakkan kamu berhutang dalam jumlah yang banyak . 

-  Pantau Kewangan Kamu
Simpan semua resit perbelanjaan , lihat perbelanjaan harian dibuat , keluar masuk setiap hari serta simpan resit ATM

-  Kawal Perbelanjaan
Disebabkan semua orang bekerja maka makan di luar adalah satu kemestian . Bagaimanapun cuba untuk kurangkan makan di luar seperti waktu malam atau hari cuti .

-  Kurangkan Habit Bersosial
Sesetengah orang suka minum untuk bersosial di kedai minuman yang ada kelas seperti di Starbuck . Jika kamu serius menyimpan wang , kurangkan aktiviti ini .

-  Jimatkan Penggunaan Elektrik
Penjimatan elektrik sedikit sebanyak memberi impak kepada kewangan kamu . Jimatkan penggunaan elektrik dan lihat kesannya . Atau boleh guna alatan yang menjimatkan tenaga elektrik seperti lampu berwatt rendah .


-  Jauhkan Daripada Berhutang
Bayar kredit kad kamu segera . Kad kredit adalah beban kepada kewangan kamu jika tidak dikawal .

-  Jangan Beli Barangan di Luar Kemampuan 
Ini sudah semestinya . Belanja di luar kemampuan adalah punca utama masalah kewangan sejagat .


                                         


No comments:

Post a Comment