Sunday 22 April 2012

Gaya Hidup

1 . Biasanya pada hujung bulan wanita paling suka singgah di komplek beli-belah . Apalagi jika terpampang kain rentang ' Jualan Hujung Tahun ' atau apa-apa sahaja jualan . Masa itu berebut mencari barang yang sebenarnya tidak penting . Kasut sudah banyak , baju dan beg penuh dalam almari tetapi kerana jualan murah , mereka tetap juga berbelanja sakan . Cuba ubah sikap ini . Selepas habis kerja , jangan ke komplek beli-belah terus sahaja balik ke rumah .

2 . Sudah jadi kebiasaan , pantang kawan bawa barang baru ke pejabat mesti mahu beli . Ambil dulu barang, hujung bulan baru bayar . Kita lupa , apabila hujung bulan duit habis untuk membayar hutang sahaja .

3 . Makan tengah hari selalu bersisa kerana anda tidak mahu makan banyak nanti bimbang berat badan bertambah . Pada pendapat saya , bawa sahaja makanan sihat dari rumah seperti buah-buahan dan salad . Badan sihat , duit jimat . =P

4 . Kalau dahulu sebulan sekali membawa keluarga makan di luar , sekarang boleh diteruskan hanya pilihannya berbeza . Kalau biasa makan di restoran mewah , kali ini bawa keluarga berkelah dengan masakan isitimewa anda . Lebih mesra dan tidak membosankan .

5 . Kita memang gemar menggunakan kad kredit , konon ada gaya dan mudah mendapatkan barangan jauh dimana sahaja dan pada bila-bila masa . Kurangkanlah penggunaan kad kredit . Jadi bayaran bulanannya tidaklah begitu membebankan . 
                                      

6 . Pokok bunga di laman rumah tidaklah begitu subur sangat , maklumlah jarang menyiram dan membajainya . Lebih baik tukarkan sahaja pokok bunga kepada tanaman serai , kunyit , pandan mahupun sayuran lain yang mudah tumbuh . Cuba tanam sayur seperti bayam dan terung , dapatlah kita memanfaatkan hasilnya .

No comments:

Post a Comment