Sunday, 22 April 2012

Didik Anak-anak

Ibu bapa harus memainkan peranan dengan mengajar anak-anak mengamalkan amalan menabung dalam kehidupan seharian mereka . 
                                             


                                     
5 PANDUAN MESTI AJAR KEPADA ANAK-ANAK


1 . Tentukan Matlamat
Berbincanglah dengan anak anda  mengenai matlamat mereka kerana itulah kunci kejayaan dalam menabung . Matlamat tabungan anak anda mungkin adalah sejenis barang permainan yang istimewa - buku atau basikal . Walaubagaimanapun , matlamat itu mestilah realistik  dan boleh menggalakkan mereka untuk menabung . Selain itu , matlamat itu mestilah matlamat mereka , bukannya matlamat anda . Kemudian , tinjau kos barang yang hendak dibeli itu dan congak berapa banyak anak anda perlu menabung setiap minggu bagi membeli barangan tersebut dalam satu jangka masa . Pastikan ia munasabah . 


2 . Berikan Insentif ( wang saku )
Memberikan wang saku boleh membantu membina keeupayaan anak merancang perbelanjaan . Bagi memutuskan berapa banyak yang perlu diberikan kepada mereka , fikirkan dengan teliti jenis perbelanjaan yang boleh digunakan untuk wang saku itu . Misalannya , bagi belanja sekolah , elok kalau anda pergi tinjau harga makanan dan minuman yang dijual di kantin sekolah sebelum memutuskan berapa banyak wang saku yang diperlukan oleh anak anda . Jika perlu , berikan wang saku dalam beberapa pecahan wang bagi menggalakkan mereka menabung .


3 . Izikan Anak-anak Mengatur Sendiri Perbelanjaan Mereka
Belajar berbelanja secara bijak membabitkan beberapa percubaan dan kesilapan . Sama ada keputusan berbelanja yang mereka ambil itu baik atau tidak , mereka perlu belajar daripada pilihan mereka . Sebagai ibu bapa , anda boleh mengajak mereka berbincang secara terbuka mengenai kebaikan dan keburukan sebelum mereka berbelanja .


4 . Simpan Rekod Kewangan 
Galakkan anak-anak menyimpan resit pembelian buku , permainan atau barangan lain dalam sampul surat atau menyimpan jurnal perakaunan yang mudah bagi membolehkan mereka menjejaki perbelanjaan dan tabungan mereka . Ini boleh menanamkan tabiat merekodkan perbelanjaan supaya mereka boleh belajar mengurus kewangan mereka secara sistematik pada masa hadapan .


5 . Tunjukkan Contoh yang Baik
Sebagai ibu bapa , tunjukkan contoh yang baik melalui pengurusan kewangan anda seendiri yang baik dan bijak . Elakkan daripada banyak membuat hutang , contohnya hutang kad kredit . Sama ada baik atau 
buruk , anak-anak belajar bagaimana menguruskan wang daripada ibu bapa mereka . Seperti kata pepatah , " Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi ".



No comments:

Post a Comment